Wednesday, February 24, 2010

PENDAFTARAN ANAK KARIAH

Sejak sebulan yang lepas, pendaftaran dan pengemaskini anak anak kariah masjid/surau telah dijalankan. Senarai yang telah berdaftar semasa pendaftaran untuk pemilihan Ajk Masjid dulu masih digunapakai dan pendaftaran hanya tertumpu kepada mereka yang masih belum pernah mendaftar saja.

Masa yang panjang telah diberikan untuk pendaftaran ini, namun masih ada yang tidak mengambil kesempatan untuk mendaftar. Sikap berdolak dalik dan suka mempertikaikan / menimbulkan perkara perkara yang telah jelas kebenarannya amatlah dikesalkan. Namun pehak surau masih lagi mendaftarkan sehingga mendapat arahan dari pehak JAIS untuk tindakan lanjut.

Masalah yang timbul dari pengalaman semasa pemilihan di Masjid Nurul Ehsan, ialah kedatangan ramai anak kariah yang tidak mendaftar dan anak kariah yang mendaftar pula peratus yang hadir amat kecil sekali.

Untuk makluman, semua jawatan akan dikosongkan untuk diisi oleh sesiapa saja yang berminat.
Jangan lepaskan peluang anda....

Wassalam.

Tuesday, February 9, 2010

SUSAHNYA NAK KE SURAU

DEMI UNTUK BERJEMAAH...SUSAH SIKIT PUN TAK PE









Add Image

Thursday, February 4, 2010

Buletin MBPJ


Buletin MBPJ medium salur maklumat

JALAN YONG SHOOK LIN - Mulai bulan ini, penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mendapat maklumat dan perkembangan terkini mengenai pihak berkuasa tempatan itu serta kawasan kediaman mereka menerusi buletin keluaran MBPJ.


Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, bahan penerbitan itu akan turut menyiarkan pelbagai perkhidmatan yang dilaksanakan kepada penduduk dan mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi. Katanya, Buletin Warkah MBPJ diperkenalkan untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat sekitar bandar raya ini, selain memaklumkan mengenai dasar MBPJ kepada umum.


“Kita akan perkenalkan Warkah MBPJ bermula bulan ini dan ia akan menjadi buletin bulanan kepada penduduk sekitar bandar raya ini. “Kita lihat penerbitan ini dapat merapatkan hubungan MBPJ dengan masyarakat. Dengan adanya buletin ini juga, penduduk dapat mengetahui sebarang aktiviti yang dibuat di sini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBPJ, di Ibu Pejabat MBPJ di sini.


Mohamad Roslan berkata, Buletin MBPJ akan dihantar ke peti surat semua penduduk sebagai buletin bulanan yang harus dibaca. Sementara itu katanya, kajian mengenai keberkesanan sistem pen-yampaian perkhidmatan Majlis akan dilaksanakan untuk mendapat maklum balas pelanggan terhadap semua perkhidmatan MBPJ selama ini. “Kami tidak mahu berasa puas walaupun menerima pelbagai pengiktirafan sepanjang tahun lalu. “Masih banyak ruang untuk MBPJ menjadi lebih proaktif bagi memenuhi keperluan masyarakat,” katanya.

Tuesday, February 2, 2010

Majlis Serahan Meja PingPong Oleh ADUN Taman Medan


Pada 10 jan2010 ahad pukul 5.30petang telah berlangsung majlis ringkas penyerahan meja pingpong oleh Adun Taman Medan kepada dua persatuan penduduk di Taman Medan Cahaya bertempat di Blok E. Persatuan Penduduk Blok C dan Blok E, masing masing telah menerima 2 unit meja pingpong untuk kegunaan penduduk beriadah.

Kedatangan Yb Puan Haniza Mohamed Talha petang itu bertepatan dengan hujan rahmat yang lebat. Persatuan Penduduk Blok E telah menyambut kedatangan Yb dengan paluan kompang oleh anak anak penduduk. Yb juga diberi kesempatan untuk berucap di majlis tersebut. Antara lain ucapan beliau adalah mengalakan penduduk bersukan dan beriadah terutama remaja serta memenuhkan masa lapang. juga dinasisatkan supaya menjaga anak anak dari terlibat dalam budaya yang tidak baik.

Selepas penyerahan meja meja pingpong, Yb menyerahkan pula hadiah kepada anak anak penduduk Blok E yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun lepas.Majlis ditutup dengan bergambar beramai ramai bersama Yb...ni kat bawah gambarnya ..tengoklah sendiri

Dari kiri Puan Yati,Puan Gayah, Yb,Puan Rubi, Puan
Karim dan Puan...lupalah namanya, bersama anak anak
masing masing.
Azli (orang kuat surau kita) Aziz Jaffar (Pengerusi Blok E,
Yb Haniza, Aziz Mohamad (Ajk Bahagian PJS) dan Mohd Nor
Azlan Abdul (Pengerusi Penduduk Blok C, sedang menerima
meja dan peralatan pingpong dari Yb.
Bilal Surau At-taufiqiah Baharon Zakaria menerima sijil
dan hadiah atas kejayaan anak beliau yang cemerlang
dalam pelajaran.
Tuan Imam Surau, Abang Eddy membaca doa selamat
Wahid dan Nasurudin SU Surau termenung... kesejukan
Antara yang hadir. Kelihatan juga penduduk Blok C, sama
memeriahkan majlis
Orang kuat JDM Medan Cahaya Saidi Muhammad (baju
merah) bersama Azlan

Saje Je - Dari Blog Dato' Zainal Sakom

09 Jun 2009

Bantah Pelantikan Imam Dan Nazir Masjid, Umno Hantar Memorandum Kepada Sultan Selangor - Noh Omar
TANJONG KARANG, 8 Jun (Bernama) -- Umno Selangor akan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah pelantikan imam dan nazir masjid di negeri itu yang dilantik tidak mengikut keputusan majoriti kariah serta anggota jawatankuasa (AJK) masjid.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Noh Omar mendakwa walaupun pengundian dibuat melalui mesyuarat agung tetapi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) didapati membuat pelantikan tanpa merujuk kepada keputusan pengundian itu."Mengapa ada pihak lain yang lebih tinggi dari keputusan mesyuarat agung. Lebih baik lantik guna kuasa dan tak perlu mengundi. Tindakan mereka ini buang masa dan mempersenda demokrasi."Umno Selangor memandang serius perkara ini dan kita akan mendapatkan maklumat terperinci dalam tempoh sebulan untuk kemukakan memorandum kepada Sultan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Tani Sepetang Bersama Pesawah anjuran Padi Beras Nasional (Bernas) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa senario itu disahkan berlaku di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya apabila nazir dilantik dari kalangan mereka yang tidak mendapat undian tertinggi.Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku berdasarkan fahaman politik apabila ramai AJK Masjid yang kebetulan menyokong Umno telah digugurkan.

"Saya mempunyai bukti, contohnya di tempat saya (Tanjong Karang) berlaku apabila mereka yang mendapat undi tertinggi tidak dilantik, malah di Taman Medan, akhbar telah melaporkan mereka yang dilantik adalah penyokong Pas."Tindakan ini jelas bertentangan dengan nasihat Sultan Selangor yang menyeru agar institusi masjid tidak dikaitkan dengan hal politik," katanya.
Dicatat oleh Dato' Zainal di 09:27