Sunday, November 21, 2010

MAJLIS KORBAN bersama PERKIM














Pada 20/11/2010 bersamaan hari sabtu, Surau telah melakukan Ibadah Korban bersama Pihak PERKIN dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan.

Penyembelih didatangkan dari pihak Sahabat Perkim Malaysia dan di bantu Ustaz Abd Moin (Imam Masjid)serta kerja melapah dilakukan oleh penduduk di Taman Medan Cahaya sejak pukul 8.00 pagi.

Kerja membungkus daging selesai sebelum masuk waktu zohor.

Selepas makan dan solat Zohor saya balik rumah berehat (letih dari malam tadi berjaga) dan seterusnya acara penyerahan daging daging korban dibuat. Pukul 3.30 saya datang semula..

Menurut lapuran rakan rakan semua penduduk yang datang telah mendapat bahagian daging korban masing masing. Ada banyak lebih lagi..kopon habis dulu.

Dibawah adalah suntingan dari berita bernama

SERAH…Shahrizat menyampaikan daging korban kepada Pengerusi Surau At-Taufiqiah, Ramli Md. Lana di Taman Medan Cahaya di Petaling Jaya, semalam

ORANG MISKIN DI SELANGOR MEMBIMBANGKAN
Sunday, 21 November 2010 20:02Share

KERAJAAN pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sekali lagi digesa meningkatkan bantuan kepada rakyat miskin dan golongan kurang bernasib baik di negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) bimbang golongan itu tidak mendapat pembelaan serta bantuan sewajarnya berdasarkan jumlah peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri.

Menurutnya, setakat ini Kerajaan PKR Selangor hanya membelanjakan RM14.6 juta untuk membantu 8,007 penduduk miskin berbanding RM98.7 juta yang dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu 35,342 keluarga miskin termasuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak di negeri itu.

"Kalau kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menampung kebajikan golongan miskin di Selangor, mereka akan berada pada tahap berbahaya kerana tidak mendapat pembelaan.

"Jumlah orang miskin di Selangor amat membimbangkan tetapi pembelaan daripada kerajaan negeri terlalu kecil. Justeru saya minta supaya jumlah bantuan itu ditingkatkan. Sewaktu parti pembangkang mengambil alih Selangor, banyak duit ditinggalkan oleh kerajaan BN di bawah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo tetapi anehnya mengapa ia tidak diguna untuk menjaga kebajikan rakyatnya?" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Majlis Ibadah Qurban di Surau At-Taufiqiah, Taman Medan Cahaya, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Mayang Selangor, Datuk Raja Hanifudin Raja Nong Chik; Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hasbullah L. Isa, ahli-ahli Perkim, Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia, anak-anak yatim serta penduduk sekitar taman tersebut.
Pada majlis itu, Shahrizat menyerahkan sumbangan antaranya daging korban dan kuih kepada 100 orang terdiri daripada saudara baru, ibu tunggal dan anak yatim.

Majlis itu dianjurkan bersama Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perkim dan Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia.

Ditanya mengenai masalah suri rumah sekitar kawasan kediaman kerajaan (kuarters) di Putrajaya untuk mewujudkan pusat jagaan harian kanak-kanak, Shahrizat berkata, pihaknya akan membawa perkara itu kepada Perbadanan Putrajaya.

Beliau berharap Perbadanan Putrajaya dapat melihat kembali bagaimana untuk membantu suri rumah di kawasan tersebut mewujudkan taman asuhan kanak-kanak (taska) mengikut kaedah di bawah Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak.

Mengenai masih ramai golongan OKU di negara ini yang tidak berdaftar, Shahrizat berkata, JKM sentiasa terbuka untuk urusan pendaftaran mereka.

Wednesday, November 10, 2010

10 Gangguan Syaitan Semasa Solat

1. WAS-WAS SEMASA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah.
Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.
Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. TIDAK KHUSYUK SEMASA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW Iaitu ‘Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”.Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MENGGANGU

Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SHOLAT

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur’an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW”.

Orang tersebut bertanya, “Apa yang dilakukannya?” Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW”, kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)

7. MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Yaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat”. Rasulullah SAW menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba”. (HR Bukhari)

8. MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda, “Menguap ketika solat itu dari syaitan. Oleh itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).

9. BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin menganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan” (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengulas kenyataan Ibnu Mas’ud, “Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara”.

10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”. (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut…..Aminnn

Posted@ isuhangat

Gambar Mekah terkini









Masjid tahan serangan bom atom dan gempa bumi!

Mengenai artikel di isuhangat kisah Masjid yang terselamat dari bencana tsunami semalam, saya dibuzz oleh seseorang yang memberitahu mengenai masjid yang selamat dari bencana gempa bumi di Jepun.

Setelah membrowsing saya terjumpa masjid yang dinyatakan tersebut iaitu Masjid Kobe di Jepun, tapi maklumat yang saya dapat lebih memeranjatkan dan menunjukkan kekuasaan Allah Taala. Masjid Kobe di Jepun bukan sahaja tahan gegaran gempa bumi tetapi masjid ini terselamat dari bom atom! Subhanallah!

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sejarah dunia.

Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.

Ketika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah.

Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.

Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari German. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik juga diletakkan di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.

Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangannya menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.

Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.

Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.

Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini.


Masjid Kobe sekarang





Kolam terdalam di dunia





Kolam berbentuk ini bernama Chand Baori merupakan kolam terdalam yang dibangunkan pada abad ke-9 dan memiliki 3,500 tangga dengan kedalaman 100 meter. Kolam terdalam ini berada Abhaneri Jaipur Rajasthan India

Keretapi pertama di Mekah beroperasi tahun ini.







Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa umat Islam yang ingin menggunakan keretapi metro pertama Mekah untuk program ziarah akan harus membayar SR250 untuk harga tiket yang akan memberi perkhidmatan mereka selama tujuh hari. Keretapi Metro ini dikatakan akan beroperasi bulan depan iaitu apabila jemaah Haji tahun ini selesai menunaikan Haji.

Tiga jenis tiket akan merangkumi semua tempat suci di Mekah dan akan membolehkan para peziarah untuk naik kereta api ke bandar untuk melakukan amalan mereka sebelum kembali ke tempat tinggal mereka di dalam atau di luar bandar, menurut akhbar PAKEM , mengutip kata Habib Zain Alabidin, wakil di Saudi Kementerian Hal Ehwal Bandar.

“Harga tiket telah ditetapkan sebanyak SR250 (US$67/RM201.00) yang akan merangkumi perjalanan penuh ke dalam dan keluar dari Mekah selama tujuh hari … tiket lain adalah harga SR100 (US$ 27/RM81.00) selama empat hari,” katanya.

Para pegawai mengatakan kereta api tersebut mempunyai kapasiti seramai 170,000 penumpang dalam fasa pertama dan dua juta apabila fasa ketiga dan terakhir selesai.
Arab Saudi telah memperuntukkan hampir SR6.7 bilion (US$ 1.8 bilion /RM5.4 billion) untuk metro tersebut, perkhidmatan secara berterusan yang bermula bulan depan untuk pertama kalinya dalam sejarah Mekah. Para pegawai berharap projek untuk sebahagian besar menyumbang mengurangkan kesesakan jalan disebabkan oleh kereta berhampiran Makkah.
Habib Zain Alabidin mengatakan kereta api akan beroperasi sepanjang tahun.

Projek ini merupakan sebahagian daripada program mahal oleh Arab Saudi untuk mengatasi kesesakan lalu lintas teruk di dalam dan sekitar bandar dan memudahkan akses kepada semua tempat-tempat suci di Mekah.

Lebih dari dua juta umat Islam ke Mekah setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji.
Projek kereta api, bermula tiga tahun lalu yang mana China Railway Construction Corp, sebahagian daripada konsortium Saudi-Perancis-China yang memenangi kontrak, telah melaksanakan projek ini, yang melibatkan hampir 5,000 pekerja. Sistem Keretapi ini adalah kedua di negara Teluk selepas Dubai Metro.

Keretapi pertama di Mekah beroperasi tahun ini.





Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa umat Islam yang ingin menggunakan keretapi metro pertama Mekah untuk program ziarah akan harus membayar SR250 untuk harga tiket yang akan memberi perkhidmatan mereka selama tujuh hari. Keretapi Metro ini dikatakan akan beroperasi bulan depan iaitu apabila jemaah Haji tahun ini selesai menunaikan Haji.

Tiga jenis tiket akan merangkumi semua tempat suci di Mekah dan akan membolehkan para peziarah untuk naik kereta api ke bandar untuk melakukan amalan mereka sebelum kembali ke tempat tinggal mereka di dalam atau di luar bandar, menurut akhbar PAKEM , mengutip kata Habib Zain Alabidin, wakil di Saudi Kementerian Hal Ehwal Bandar.

“Harga tiket telah ditetapkan sebanyak SR250 (US$67/RM201.00) yang akan merangkumi perjalanan penuh ke dalam dan keluar dari Mekah selama tujuh hari … tiket lain adalah harga SR100 (US$ 27/RM81.00) selama empat hari,” katanya.

Para pegawai mengatakan kereta api tersebut mempunyai kapasiti seramai 170,000 penumpang dalam fasa pertama dan dua juta apabila fasa ketiga dan terakhir selesai.
Arab Saudi telah memperuntukkan hampir SR6.7 bilion (US$ 1.8 bilion /RM5.4 billion) untuk metro tersebut, perkhidmatan secara berterusan yang bermula bulan depan untuk pertama kalinya dalam sejarah Mekah.
Para pegawai berharap projek untuk sebahagian besar menyumbang mengurangkan kesesakan jalan disebabkan oleh kereta berhampiran Makkah.

Habib Zain Alabidin mengatakan kereta api akan beroperasi sepanjang tahun.
Projek ini merupakan sebahagian daripada program mahal oleh Arab Saudi untuk mengatasi kesesakan lalu lintas teruk di dalam dan sekitar bandar dan memudahkan akses kepada semua tempat-tempat suci di Mekah.

Lebih dari dua juta umat Islam ke Mekah setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji.
Projek kereta api, bermula tiga tahun lalu yang mana China Railway Construction Corp, sebahagian daripada konsortium Saudi-Perancis-China yang memenangi kontrak, telah melaksanakan projek ini, yang melibatkan hampir 5,000 pekerja. Sistem Keretapi ini adalah kedua di negara Teluk selepas Dubai Metro. :