Monday, August 8, 2011

Majlis Perkahwinan Nurul & Khairi (HJ MOHMAD SHAH)





Majlis pernikahan anak Tn Hj Mohmad Shah telah berlangsung di Surau At-Taufiqiah. Berikut ini adalah suntingan gambar dan catatan cameran majlis tersebut.

Majlis ini berlangsung di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya, Selangor dengan di mulakan dgn majlis akad nikah di surau taman medan cahaya pada 03 Jul 10 selepas solat magrib.. alhamdulillah hanya sekali saja lafaz nikah.. sudah brgelar suami kpd nurul... dan keesokannya pada 04 Jul 2010 majlis persandingan raja sehari berlangsung dgn penuh meriah sekali walaupun diawal pg agak hujan sedikit.. namun cuaca amat baik sepanjang majlis berlangsung... terima byk2 wat keluarga nurul yg sporting belaka n trmasuk jiran2 tetangga yg byk mmberikan kerjasama dgn baik skali... selamat pengantin baru

Monday, May 2, 2011

Program SOLAT HAJAT & MOTIVASI Remaja - 1st

Program Solat Hajat & Motivasi Remaja kali pertama khusus kepada pelajar pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini telah diadakan pada 30/04/2011 bersamaan hari sabtu bermula pada pukul 9.00 malam.

Seramai kira kira 60 orang pelajar, kebanyakanya dari sekitar Taman Medan Cahaya telah menghadirkan diri dalam program tersebut. Majoriti pelajar yang datang adalah dari kalangan mereka yang berada di tingkatan 2 dan 3. Hanya seramai 4 orang pelajar dari tingkatan 5 yang datang.

Program dimulakan dengan Solat Hajat dan seterusnya Bacaan Doa yang diketuai oleh Ybhg Tuan Imam Surau At-Taufiqiah, Sdr Nazar Malik.

Sejurus selepas itu, program motivasi pelajar telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Arif Yahya. Diantara pengisian program pada malam tersebut ialah Tayangan Video, Syarahan Motivasi, Kerja Dalam Kumpulan dan Kuiz.

Beberapa gambar semasa program berlangsung dipaparkan untuk tatapan pembaca blog surau.

"SILA KLIK PADA GAMBAR, UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR"