Monday, January 4, 2010

DAH LAMA TAK UPDATE

Tahun Baru Masehi telah 5 hari berlalu. Saya dah lama tak update blog ini lebih dari setahun rasanye, berdasarkan maklumat tentang jadual pengajian yang banyak telah bertukar. Baru hari ini teringat.... sesekali nak update jugak..tapi masa.. DEMI MASA.

Banyak program tak masuk, maklumlah lebih setahun. Korban 1429H/2008 tak masuk langsung. Perarakan Maulidur Rasul.. tu besarlah.. yang kecik punya program. Yelaah namanya surau.

Sekarang ni Surau At-Taufiqiah telah memulakan "Ceramah Agama Di Blok Blok Taman Medan Cahaya" Panjang namanya.. Ceramah ini akan diadakan di setiap blok, sebulan sekali untuk masa ini. Blok A,B,C,D,E,F & GH adalah tempat yang terlibat. Tarikh akan ditentukan oleh pihak surau bersama persatuan persatuan penduduk blok yang terlibat. Masa ceramah adalah selepas solat Isyak / 9.00 malam. Ustaz2 yang dijemput adalah urusan pihak surau.

Pada 19 Dis 2009 yang lepas telah berlangsung ceramah yang pertama di Blok A. Sambutan agak mengalakan dengan kehadiran agak agak saya seramai 150 hingga ke 200 orang. Ada juga yang melihat dari jauh dibelakang dan malu agaknya..tak pa... Kaum wanitalah yang ramai datang malam tu, seronok sangat dengar ustaz tu berceramah. Tak kering gusi...

"lain kali ada ceramah kau datanglah ajak kawan ramai ramai. Tak kena bayar pun..free semuanya"
"ade makan?"
"tengoklah nasib nasib..kalau blok tu kaya, adelah makan. Tapi air ade..sebab pihak surau sediakan sedikit peruntukan untuk menyediakan air"
"Orait jugak lah tu"

Penceramah malam tu ialah Al-Fathil Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid dari JAIS. Sayang tak de yang ambik gambar..
Pada 16 Jan 2010 akan datang, ceramah kedua akan diadakan di Blok B. Penceramah Al-Fathil Ustaz Roslan Mohamad (UM) harapan kita agar semua penduduk turun ramai ramai..

No comments: