'Saya Mike, bukan Tyson'
Susunan Hamdan Saaid2010/07/22
SESIAPA yang mengenali dengan rapat karakter Mike Tyson sebelum ini pasti terkejut dengan perubahan yang dialami bekas juara heavyweight dunia itu.
Jika sebelum ini, Tyson lebih dikenali dengan sikap panas barannya, dia kini lebih tenang, merendah diri dan lembut daripada kebiasaannya.
Susunan Hamdan Saaid2010/07/22
SESIAPA yang mengenali dengan rapat karakter Mike Tyson sebelum ini pasti terkejut dengan perubahan yang dialami bekas juara heavyweight dunia itu.
Jika sebelum ini, Tyson lebih dikenali dengan sikap panas barannya, dia kini lebih tenang, merendah diri dan lembut daripada kebiasaannya.
Siapa sangka juga baru-baru ini Tyson sanggup beratur panjang di Mark & Spencer untuk membeli sandwic ketika waktu makan tengah hari di Peterborough, England.
Kenapa Peterborough? Itulah yang menjadi persoalan ramai warga pekan Cambridgeshire minggu lalu.
Kenapa Peterborough? Itulah yang menjadi persoalan ramai warga pekan Cambridgeshire minggu lalu.
Tyson kini memiliki perwatakan berbeza. Dia agak kurus, lebih suka makan sayur-sayuran dan merendah diri.
Dia lebih taat menunaikan sembahyang lima waktu. Dia asalnya memeluk agama Islan ketika berada dalam penjara pada awal 1990-an dan tiba di Peterborough dari Makkah, menerusi Milan.
Akhbar Peterborough Evening Telegraph memaparkan gambar bekas juara heavyweight dunia berusia 44 tahun itu di muka depan - mengetahui dia berada di pekan itu bagi menjayakan rancangannya: 'Sepetang Bersama Mike Tyson.'
Dia tampil dengan menyarung jersi Peterborough United pada hari pertama ketibaannya, berarak di padang pada babak pertama perlawanan persahabatan menentang West Ham, kemudian menyertai penggemar burung merpati hari berikutnya, bersenam setiap pagi di Smashdown Gym dan makan lewat malam di restoran sayur-sayuran, The Bombay Brasserie.
“Mike Tyson dan rombongannya seramai 12 orang sampai, mereka duduk di meja nombor 24,” jelas pemilik restoran itu, Rony Choudhury penuh bangga.
“Mike Tyson dan rombongannya seramai 12 orang sampai, mereka duduk di meja nombor 24,” jelas pemilik restoran itu, Rony Choudhury penuh bangga.
“Saya letakkan mereka jauh daripada pelanggan lain. Ia satu kejutan. Tapi dia amat pendiam, merendah diri.”
Apabila Tyson meninggalkan restoran itu, paparazzi Peterborough tiba. 'Lelaki Paling Jahat di Planet' ditemui kembali.
'Mike' berjaya mengagumkan ramai lebih daripada 1,000 orang yang membayar £50 (RM245) untuk mendengar celotehnya, hampir keseluruhannya bercakap mengenai dirinya sekarang bukannya karier peninju itu dan £50 lagi untuk bergambar dengannya. Penonton itu, yang diketuai pengulas tinju, Steve Bunce, terpegun dengan kejujuran Tyson menilai semula dirinya.
Tyson memiliki ego yang amat tinggi, sesuatu yang wajib bagi seorang peninju sepertinya, dan kurang harga diri. Kebanyakan peminat di sekitarnya mengingatkannya mengenai kegemilangan lalunya, namun pujian mereka mengganggu jiwanya.
Egonya semakin berkurangan dan maruah dirinya makin bertambah baik.
“Ada satu 'Mike' dan satu lagi 'Tyson',” jelasnya. “Tyson adalah orang lain. Saya Mike sekarang.”
Dia berkata Tyson yang melakukan insiden menggigit telinga Evander Holyfield, namun adakah dia menyesal? “Saya tidak menyesal. Adalah satu pembohongan jika saya berkata saya menyesal.
“Saya dilahirkan dalam huru-hara. Saya mencari kedamaian.”
Tyson baru-baru ini kembali ke Brownsville, Brooklyn, kawasan tempatnya dibesarkan, dipenuhi pencuri dan samseng jalanan. Dia kembali ke blok kediamannya.
“Ia adalah sebuah jalan yang dipenuhi jenayah ketika saya membesar di sana tapi apabila saya kembali, ada ramai kaum kulit putih tinggal di sana. Ia amat menarik. Ia kelihatan seperti sepanjang kehidupan saya di sana bagaikan satu pembohongan.”
Jadi apa kenangan malam-malam indah di gelanggang tinju? “Saya tidak saksikan pertarungan lama saya. Saya ingat separuh daripadanya. Ia agak pelik, tapi ia adalah satu era yang gila. Ia hanya mengenai kemenangan. Saya tidak akan bertinju lagi. Saya seorang pencinta kedamaian sekarang.
“Saya masih sukakan pertarungan menarik. Klitschko (adik-beradik Vitaliy dan Wladimir) mendominasi tapi mereka tidak menarik. Menarik adalah sesuatu yang dimahukan peminat daripada pertarungan heavyweight.”
Jadi adakah dia sudah menemui kedamaian? “Tidak mungkin saya boleh berkata, 'Ya, saya memiliki kedamaian. Saya seorang Muslim yang taat, saya dipenuhi kejahatan sebelum ini. Saya mahu memperbaiki setiap kesalahan lalu dengan amal kebaikan.”
Mike Tyson menangis di Raudah
Agensi
MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.
Agensi
MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW)
"Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.
Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.
Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah.
Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi
No comments:
Post a Comment