Program Solat Hajat & Motivasi Remaja kali pertama khusus kepada pelajar pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini telah diadakan pada 30/04/2011 bersamaan hari sabtu bermula pada pukul 9.00 malam.
Seramai kira kira 60 orang pelajar, kebanyakanya dari sekitar Taman Medan Cahaya telah menghadirkan diri dalam program tersebut. Majoriti pelajar yang datang adalah dari kalangan mereka yang berada di tingkatan 2 dan 3. Hanya seramai 4 orang pelajar dari tingkatan 5 yang datang.
Program dimulakan dengan Solat Hajat dan seterusnya Bacaan Doa yang diketuai oleh Ybhg Tuan Imam Surau At-Taufiqiah, Sdr Nazar Malik.
Sejurus selepas itu, program motivasi pelajar telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Arif Yahya. Diantara pengisian program pada malam tersebut ialah Tayangan Video, Syarahan Motivasi, Kerja Dalam Kumpulan dan Kuiz.
Beberapa gambar semasa program berlangsung dipaparkan untuk tatapan pembaca blog surau.
"SILA KLIK PADA GAMBAR, UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR"

No comments:
Post a Comment