Sunday, January 31, 2010

Kes kepala babi: Lebih 10 saksi dipanggil

Kes kepala babi: Lebih 10 saksi dipanggil bantu siasatan

SUBANG JAYA - Lebih daripada 10 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua kepala babi yang diletakkan di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, di sini baru-baru ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ada beberapa petunjuk yang boleh membantu siasatan, bagaimanapun ia tidak boleh didedahkan kerana siasatan kes itu terlalu subjektif.

“Di samping bantuan saksi, siasatan turut diperluaskan dengan memberi tumpuan kepada kamera litar tertutup (CCTV) plaza tol terdekat selain CCTV belakang masjid yang sedang diteliti kini. “Siasatan kita tertumpu kepada CCTV berkenaan yang dijangka mampu memberikan petunjuk kepada siasatan yang sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kempen Balik Kampung Subang Jaya (SJ) sempena Tahun Baru Cina di sini, semalam.
(01/02/2010)

No comments: