Tuesday, September 28, 2010

Bersukan dalam masjid (Surau)

SERI GOMBAK- Jawatankuasa Masjid Al- Khariyah di sini, membuktikan mereka menggunakan pelbagai pendekatan untuk mendekati masyarakat dengan masjid termasuk menganjurkan Program Karnival Mesra Masjid.

Setiausahanya, Mohd Rohisham Mohd Ikhlak berkata, karnival itu turut menganjurkan sukan seperti ping pong yang mana aktiviti itu dijalankan dalam bangunan masjid.

Menurutnya, sekali gus membuktikan masjid boleh di pelbagai fungsi selaras dengan Kerajaan Negeri yang mahu menjadikan masjid sebagai transformasi masyarakat.

Katanya, biarpun pertandingan ping pong julung kali diadakan namun mendapat sambutan yang menggalakkan dengan seramai 60 kumpulan yang terlibat. “Kita pun tidak menyangka penerimaan masyarakat terhadap program-program sebegini sekali gus dapat memahami di masjid juga boleh dipergiatkan dengan aktiviti bersukan selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat.

“Ini juga salah satu pendekatan untuk membantu golongan muda terutama remaja mendekati masjid dan platform untuk mereka mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti bersukan,” katanya.

Menurutnya, peserta yang menyertai program ini bukan sahaja terdiri daripada golongan muda malah terdapat beberapa kategori di pertandingan termasuk Kategori Warga Emas.

“Di sini juga kita dapat menghimpunkan golongan muda dan golongan tua malah kaum lain juga tidak ketinggalan menyertai program yang dianjurkan,” katanya.
SINAR HARIAN 28/09/2010

No comments: