Thursday, May 6, 2010

Bazar terbengkalai hantui penduduk

Bazar terbengkalai hantui penduduk
sinar harian 07/05/2010

PJS5 – Penduduk Taman Desa Ria Fasa 5A dan 5B di sini memohon jasa baik pihak berwajib untuk membantu mereka menyelesaikan masalah bangunan Bazar Taman Desa Ria Fasa 5C yang terbengkalai sejak 15 tahun lalu. Akibat tidak diselenggarakan dan terabai, bangunan bazar itu kini dipenuhi semak samun dan didakwa menjadi tempat golongan tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan negatif. :

Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 24, Kamal Ahmad Abdullah berkata, sistem perparitan dan longkang yang cetek serta tersumbat di sekitar bangunan itu menyebabkan air tidak mengalir sekali gus dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Katanya, lebih membimbangkan, penduduk beberapa kes denggi dilaporkan berlaku di kawasan kejiranan mereka sejak beberapa bulan lalu. :

“Bila tiba waktu senja, kami mula berasa tidak selesa kerana terlalu banyak nyamuk sehingga ada yang terpaksa membelanjakan wang untuk membeli pe�nyembur dan racun nyamuk. “Kita percaya bangunan bazar ini menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes berikutan banyak air bertakung di dalam bekas tin dan botol plastik yang dibuang di dalam bangunan ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, pihak MPP dan persatuan penduduk pernah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong bagi membersihkan sekitar kawasan itu, namun ia tidak banyak membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Bila kita mengadakan gotong-royong, tidak ramai penduduk yang mahu memberi kerjasama menyebabkan masalah ini sukar untuk diselesaikan. :“Selain itu, ada dalam kalangan penduduk yang dikesan membuang sampah dan sekitar kawasan bangunan bazar ini menyebabkan air hujan bertakung dalam bekas plastik atau tin yang dibuang,” katanya.

:Sementara itu, penduduk yang mahu dikenali sebagai Musa berkata, keadaan semak samun di bangunan bazar yang terbengkalai itu dikhuatiri menjadi habitat haiwan berbisa seperti ular. “Keadaan semak ini bukan sahaja menjadi tempat pembiakan nyamuk sebaliknya akan mengancam nyawa penduduk,” katanya.

No comments: