Wednesday, August 27, 2008

KULIAH AGAMA DI BLOK E







KULIAH AGAMA DI BLOK E

Pada 02 Ogos 2008 Surau At-Taufiqiah telah mengadakan Kuliah diluar kawasan Surau buat pertama kalinya. Kuliah diadakan diperkarangan Blok E, Taman Medan Cahaya. Pehak surau mengambil kesempatan dan izin dari pehak Jemaah Islah Malaysia (JIM) mengunakan khemah, kerusi dan alat pembesar suara yang telah mereka sediakan untuk majlis mereka pada keesokan hari (3/8/08).

Penceramah kuliah ialah Ybhg. Ustaz Othman bin Hamzah, bekas Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Shah Alam. Tajuk kuliah Israk dan Mikraj. Majlis dimulakan pada pukul 09.15 malam dan tamat 11.15 malam.

Pehak surau amat berbesar hati kerana kuliah tersebut telah mendapat sambutan yang mengalakan dari penduduk setempat. Kedatangan dianggarkan lebih dari 200 orang. Tanpa kerjasama dari pehak JIM mungkin hasrat ini tidak kesampaian.

Berikut beberapa gambar yang sempat disertakan untuk tatapan semua


No comments: