Sunday, August 24, 2008

PROGRAM MOTIVASI REMAJA ISLAM (1)

PROGRAM MOTIVASI REMAJA ISLAM (1)























Program Motivasi Remaja Islam telah diadakan pada 15/8/2008 bersamaan Jumaat /13 Syaaban 1429 Hijrah. Program ini dianjurkan oleh Pihak Surau At-Taufiqiah dengan kerjasama Jemaah Islah Malaysia (JIM) bahagian Petaling Jaya dan dibantu oleh ADUN Taman Medan, Yang Berhormat Puan Haniza Mohamed Talha.

Pihak JIM telah menyediakan Motivator iaitu Saudara Mohd Ridzwani Lidam bin Abdullah dan Cik gu Azmi Musa. Pihak ADUN Taman Medan telah sudi menyumbang makanan untuk peserta peserta.

Poster oleh JIM dan kempen oleh pihak surau telah dijalankan dikalangan ibubapa / penduduk sekitar dalam masa lebih seminggu. Hasilnya pada hari program dijalankan sejumlah lebih kurang 280 peserta telah menghadirinya. Pengerusi Surau, Saudara Ramli Md Lana sangat berpuas hati dengan kehadiran ramai peserta peserta dan berpendapat program ini sangat berjaya dan bercadang untuk mengiatkan lagi aktiviti aktiviti yang melibatkan anak anak remaja disekitar surau dimasa depan.

Gambar gambar sekitar program yang sempat dirakamkan boleh dilihat pada tajuk
PROGRAM MOTIVASI REMAJA ISLAM (2) dan
PROGRAM MOTIVASI REMAJA ISLAM (3)

No comments: