Sunday, June 6, 2010

PJS – Penduduk sekitar Jalan PJS3/2, bimbang laluan kerap kemalangan.

PETALING JAYA SELATAN – Penduduk sekitar Jalan PJS3/2, di sini meluahkan kebimbangan berikutan laluan itu kerap berlaku kemalangan.

:Penduduk, Azlan Deraman, 34, berkata, kemalangan berpunca daripada keadaan trafik yang didakwa tidak sesuai.

Katanya, laluan itu terdapat beberapa simpang menghubungkan PJS2 dan PJS3 dan mengelirukan pengguna terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke kawasan berkenaan.

“Kawasan ini kerap kali didakwa berlaku kemalangan terutamanya melibatkan penunggang motosikal.

“Ia mungkin disebabkan laluan trafik yang tidak sesuai,” katanya.

Sementara itu, penunggang motosikal, Ali Rashid Khan, 45, berkata, bagi mengelakkan kemalangan di Jalan PJS3, dia mencadangkan supaya simpang masuk ke PJS2 ditutup.

Katanya, selepas simpang PJS2 ditutup, pengguna hanya boleh menggunakan pusingan U atau pihak berwajib meletakkan lampu isyarat bagi mengelakkan pelanggaran kenderaan.

“Saya juga berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini segara sebelum berlakunya perkara yang lebih buruk,” katanya.

Difahamkan, awal bulan lalu seorang penunggang motosikal cedera parah apabila motosikalnya terlibat dalam kemalangan.

Insiden dikatakan berlaku, apabila mangsa melalui Jalan PJS3 untuk keluar ke Simpang PJS2.

No comments: